Bantah.

PETISYEN BANTAH PEMBINAAN SJKC TOO JOON HING ATAS TAPAK SEKOLAH KEBANGSAAN DI BANDAR KINRARA

Kami, penduduk Bandar Kinrara, Puchong, Selangor membuat PETISYEN untuk diserah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkuasa sebagai BANTAHAN keatas pembinaan sebuah SJK Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara, Puchong, Daerah Petaling Perdana.

Kami PERLU SOKONGAN ANDA dan SETIAP WARGANEGARA supaya PETISYEN ini menjadi pemangkin untuk semua sekolah baru yang dibina dalam kawasan Bandar Kinrara dan sekitarnya adalah SEKOLAH KEBANGSAAN yang menggunakan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA PENGHANTAR UTAMA HARIAN dan PENDIDIKAN.

SILA KLIK PAUTAN INI SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA:-

http://chng.it/T9KhDpz9

Kami bantah kerana LOKASI ASAL SJK Cina Too Joon Hing di Mukim Dengkil, Daerah Sepang telah di TUKAR ke Bandar Kinrara, Puchong TANPA PERSETUJUAN atau PENGETAHUAN penduduk Bandar Kinrara.

Kami bantah kerana TAPAK ASAL SEKOLAH KEBANGSAAN di Bandar Kinrara telah DITUKAR kegunaannya untuk membina SJK Cina Too Joon Hing yang TIADA MANFAAT bagi penduduk sekitar Bandar Kinrara.

Kami bantah kerana TIADA PERUNTUKAN TAPAK PERCUMA untuk sebuah SJK Cina dalam kawasan perumahan Bandar Kinrara oleh pemaju asal untuk Kementerian Pendidikan.

Kami bantah kerana akan HILANG satu lokasi untuk didirikan SEKOLAH KEBANGSAAN bagi memenuhi keperluan asas penduduk disekitar Bandar Kinrara.

Kami bantah kerana PELAN ASAL PERUMAHAN telah DITUKAR dan DEMOGRAFI PENDUDUK setempat akan BERUBAH dengan penempatan ribuan murid sekolah yang BERLAINAN BAHASA dan BUDAYA di kawasan perumahan majoriti Melayu.

Kami bantah kerana SJK Cina Too Joon Hing akan menjadi sekolah berbahasa Cina ke-7 SETANDING dengan 8 sekolah kebangsaan dalam radius lingkungan tiga (3) kilometer Bandar Kinrara.

Kami bantah kerana SJK Cina Too Joon Hing akan MENAIKKAN jumlah murid sekolah berpendidikan dan berbahasa Cina YANG TIDAK SEIMBANG dengan murid SEKOLAH KEBANGSAAN yang berbahasa Melayu di sekitar Kawasan perumahan Bandar Kinrara.

Kami bantah kerana SK Menengah Bdr Puchong Jaya , SK Bukit Kuchai dan SK Pusat Bandar Puchong TIDAK DIMANFAATKAN SEPENUHNYA di kawasan penduduk majoriti Cina.

SILA KLIK PAUTAN INI SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA:-

http://chng.it/T9KhDpz9

JUMLAH MURID MENGIKUT STATISTIK PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Kapasiti murid SJK Cina Too Joon Hing dianggarkan seramai 1,000 murid

Anggaran jumlah guru serta murid sekolah-sekolah SJK Cina yang sediada dalam Kawasan Bandar KInrara ialah seperti berikut:-

SJKC Kheng Chee – 69 guru dan 1,526 murid
SJKC Yak Chee – 147 guru dan 3,252 murid
SJKC Bukit Serdang, Seri Kembangan – 45 guru dan 997 murid
SJKC Shin Cheng (Harcroft) – 84 guru dan 1,980 murid
SJKC Lai Meng – 74 guru dan 1,741 murid
Tzu Chi International Chinese School – tiada maklumat
JUMLAH = 9,496 + 1,000 = 10,496 murid

Anggaran jumlah guru serta murid sekolah-sekolah Kebangsaan yang sediada dalam Kawasan Bandar KInrara ialah seperti berikut:-

SK Seksyen 1 Bandar Kinrara – 104 guru dan 1,779 murid
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara – 70 guru dan 1,313 murid
SK Menengah Seksyen 1 Bandar Kinrara – 60 guru dan 968 murid
SK Menengah Seksyen 3 Bandar Kinrara – 105 guru dan 1,552 murid
SK Menengah Seksyen 4 Bandar Kinrara – 112 guru dan 2,112 murid
SK Menengah Bdr Puchong Jaya – 32 guru dan 425 murid
SK Bukit Kuchai – 36 guru dan 552 murid
SK Pusat Bandar Puchong 2 – 54 guru dan 801 murid
JUMLAH = 9,502 murid

SILA KLIK PAUTAN INI SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA:-

http://chng.it/T9KhDpz9

Bersama-sama kita memartabatkan Bahasa Melayu di semua sekolah-sekolah di Tanah Melayu untuk perpaduan, harmoni dan toleransi generasi muda akan datang.

Terima kasih

Admin